------------------------------DRAMA, FILM, MOVIE AND STORY OF MY LIFE-----------------------------------------------------------------
Dikuasakan oleh Blogger.
RSS

NOVEL MENGISI WAKTU... :)


Dalam keresahan menanti keputusan semakan UPU , masih sempat plak aku melayan sbuah novel ni... kebetulan abang aku ada beli sbuah novel dengan mengunakan baucer buku yang kerajaan bagi kat dier.. Abang aku beli jerrr, tapi baca entah bilerr nak start.. So, bila aku perasan buku tu aku belek2 dari page depan hingga ke page belakang..nama tajuk buku tu pun macam syahdu jerr... WARKAH CINTA BERBAU SYURGA.. uhmm... tengok dn tengok berapa kali... pastu... Without wasting any time.. I start with the first page novel tu...


lepas baca 1/3 novel tu, aku dah mula terpaut dengan jalan cerita nyerr... So, aku teruskan lagi....
jalan cerita nya menarik, banyak sgt kata2 puitis yang tak pernah aku dgr... pembacaan aku berterusan...

huh.., mcm tak percaya jer... novel yg begitu tebal itu aku berjaya habis kan dalam tempoh beberapa hari jerr... ketika membaca nya jiwa kerap kali tersentuh dengan lirik2 ayat yang ditulis dalam novel tersebut.. ayat berpuitis.., kata2 dramatis, dan ungkapan kata yang menarik membuat kan aku fokus dalam pembacaan...

novel ini juga turut dijadikan sebuah drama dalam tv al-hijrah pada tahun 2012... dh lama jugak bukuni di terbit kan tapi baru sekarang aku baru tahu tentang buku dan drama tersebut ... time cerita ni ada, aku masih duduk kat maktab.... patutlah... pe pun, buku ni sudah di cetak bebrapa kali.. dalam banyak2 cover novel tu..,aku rasa yang keempat yang paling menarik...

abang aku cakap.., dia beli pun sebab nampak muka Heliza Helmi dan Imam Muda nazrul tu... aku rasa klau takde cover novel yang keempat, mesti aku tak akan pernah baca buku novel tu.. Pesanan kepada penulis novel., cover novel anda merupakan faktor penting untuk melaris kan novel anda..
.
lepas ni, aku nak try plak tgk drama cerita tersebut sama best tak dengan yang dalam novel... selalu nyer drama yang di adaptasi tidak sama best dengan yang dalam novel.. maksud nyerr drama cerita tak se original dengan jalan cerita yang dalam novel....

berikut merupakan barisan pelakon bagi drama Warkah Cinta ..



Dalam watak cerita tu.., aku mampu mengenali 3 org tu je ... Amir, Wardah, dan Balqis....
apa pun, aku tabik kepada penulis novel tersebut iaitu....A. UBAIDILLAH ALIAS.... beliau mempunyai idea yang bernas dan kreatif dalam bidang penulisan sesebuah cerita...



Akhir kata daripada aku... kepada yang kaki novel tapi belum lagi baca novel ni, baca lah erk..
novel pasti membuat kan anda terkesima dengan keasyikan pembacaan anda terhadap novel tersebut..hahaha... yang pasti.. ending nyerrr memang agak terharu...


Kekosongan di rumah terisi jugak lah dengan membaca novel... tp, novel ni agak nya belum cukup tebal lagi kot.. novel yg setebal hampir 600 muka surat pun aku dapat habis kan dalam beberapa hari je.. mungkin lepas ni aku kena cari novel lain pulak....

Sekian, wasalam.....




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 ulasan:

Catat Ulasan